Mimbar Jumaat

Salam

Khatib pada hari ini menjelaskan tentang Keberkatan yang dijelaskan oleh Allah SWT mengenai Masjid Al-Aqsa melalui Ayat Pertama Surah Al-Isra’ atau juga dikenali sebagai Surah Bani Israil.Dalam ayat tersebut Allah SWT menjelaskan kedudukan Masjid Al-Aqsa yang diberkati disekelilingnya.Maka para Ahli Tafsir menyatakan apa yang dimaksud dengan keberkatan disekeliling Masjid Al-Aqsa ialah “Sesiapa yang menduduki dengan erti kata menguasai Masjid Al-Aqsa dan Baitul Maqdis maka mereka juga akan menguasai Dunia.”

Maka jelas melalui sejarah yang telah berlaku di mana Baitul Maqdis pada mulanya dikuasai oleh kerajaan Rom suatu ketika dulu maka Rom menjadi kuasa besar dunia pada ketika itu.Manakala di zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khatab maka Baitul Maqdis dikuasai oleh Kerajaan Islam dan Islam menjadi kuasa besar dunia.Begitulah seterusnya bilamana Baitul Maqdis dikuasai oleh Britain di bawah pimpinan Richard The Lion Heart,Britain menjadi kuasa besar dunia sehinggalah dikalahkan semula oleh Panglima Salahuddin Al-Ayubi dan berakhirnya kekuasaan Islam dengan jatuhnya kerajaan Turki Uthmaniah.Dan pada hari ini kita melihat Baitul Maqdis dikuasai oleh Yahudi Zionis maka mereka pula menjadi kuasa besar dunia sekarang ini.Inilah yang dinyatakan oleh para ahli Tafsir mengenai keberkatan yang dinyatakan oleh Allah SWT mengenai Masjid Al-Aqsa yang terletak di Baitul Maqdis di Palestin sekarang ini.

Oleh itu ,Khatib menyeru agar seluruh umat Islam kembali bersatu bagi membebaskan semula Baitul Maqdis dari genggaman Yahudi Zionis agar Umat Islam kembali menjadi umat cemerlang dan terbilang seperti mana asal mereka.

[OIK] Perkara yang perlu diusahakan untuk melihat Islam kembali memimpin dunia.

By abuuwais Posted in Mimbar